[VIDEO] Pembangkang sudah ada nama calon Ketua Menteri Sabah

SHAH ALAM - Pembangkang mengesahkan sudah mempunyai nama calon Ketua Menteri Sabah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon berkenaan merupakan anak jati Sabah.

**media[3263698]**

“PRN ini di Sabah, jadi sudah tentu (calon Ketua Menteri) orang Sabah dan yang bertanding semua orang negeri ini.

“Cuma kami berikan dukungan dan sokongan untuk memastikan kemenangan rakan-rakan kami di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Perhimpunan Sayap-Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Sabtu.

AKAN MENUSUL